Ahad, 3 Disember 2023

Masjid Razaleigh

    Masjid Razaleigh bernilai lebih RM34 juta(Utusan, 24 April 2022) yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah  menjadi mercu tanda di Gua Musang dan tarikan pelancong. Berkeluasan 70,000 kaki persegi, masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin dibina di atas tapak seluas 1.5 hektar. Mula dibina pada akhir 2016, masjid diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang pada masa itu, Tengku Razaleigh Hamzah, mampu menampung sehingga 3,500 jemaah pada setiap masa dengan dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter dan tujuh kubah mirip Masjidil Haram. 

    Sebagai nilai tambah supaya masjid ikonik Kelantan itu terus menggamit kehadiran pelancong, sebuah replika Kaabah turut dipasang di bahagian tengahnya.Uniknya replika tersebut, ia dibina hasil gabungan bongkah skrin LED berteknologi canggih yang sentiasa memaparkan ayat-ayat suci al-Quran atau kandungan khutbah disampaikan oleh imam masjid itu.







# Pelancongan
# Gua Musang
# Kelantan