Rabu, 17 April 2024

Penyakit dan penawarnya ..... 1

LUMPUH , RESDUNG , SARAF , BATUK , MASALAH GINJAL , SAKIT GIGI , MASALAH JANTUNG , MEDU (GASTRIK) , PANAU , KAYAP , KURAP.


LUMPUH DAN STROK

Gejala strok;

  • Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.

  • Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba

  • Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.

  • Pening,  kehilangan imbangan, kekeliruan

  • Sakit kepala yang teruk yang mengejut

  • Rasa mual atau muntah

  • Perubahan corak buang air kecil - kerap kencing waktu malam.

  • Bengkak pada tangan atau kaki.

  • Loya dan hilang selera makan.

  • Masalah fokus dan gangguan tidur.

  • Tekanan darah tinggi.

Doa untuk pesakit lumpuh dan strok:


(Al Anbiya ayat 30)

Baca Al Fatihah, Selawat Shifa dan doa di atas  3kali.


Rukyah:

Cara-cara rawatannya: Sebelum memulakan bacaan: 1. Shalawat Nabi (10x). 2. Al-Fatihah (1x). 3. Ayatul Kursi (1x). 4. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30 (11x). Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30. Maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap pagi. Sapu air pada bahagian anggota yang kena strok. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.


Doa menghindari sakit lumpuh:


RESDUNG

Daun pandan dan limau nipis:

Tumbuk daun pandan dan perah limau nipis , perap setengah jam kemudian sapu di dagu, pipi dan dahi.


Lidah buaya:

Titis lendir lidah buaya ke dalam hidung , untuk lebih berkesan , minum air rebusan lidah buaya.


Senduduk Putih:

Kaedah rawatan:

Ketika diserang resdung contohnya hidung berair, ambil sekuntum bunga senduduk putih kemudian bersihkan dengan air. Lipat atau gulung bunga ini sehingga kecil kemudian masukkan ke dalam hidung. Selain daripada bunga, akar pokok senduduk putih ini juga boleh digunakan untuk rawatan penyakit resdung. Caranya ambil akar pokok ini kemudian asahkan pada belakang pasu untuk mendapatkan airnya. Air ini disapu dibahagian luar hidung dan juga dimasukkan sedikit ke dalam lubang hidung.


* Buang Kahak:

Lada Hitam + bunga cengkih + madu dimakan bersama sireh.


Doa untuk pesakit resdung:



Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".

Cara rawatan:
1. Al-Fatihah 1x.
2. Ayatul Kursi 1x.
3. Surah Fushshilat, Ayat 44.
4. Air dari kolah masjid.(air dari kolah yang terbuka yang airnya jatuh kembali kedalamnya semasa mengambil wudhuk bukan dari air paip masjid).

Dibasuh muka dan disedut air masuk ke dalam lubang hidung selepas membaca ayat-ayat di atas.

Rukyah;


https://youtu.be/iS5ekj4SR1o


SARAF

Peria Bulan:

Keringkan , rebus sehingga mendidih , masukkan satu sudu teh jintan putih dan teruskan didih ( 4 gelas jadi 2 gelas) . Minum 2 kali sehari. 


Doa Penyakit Urat Saraf


(Surah Al-Mukminuun : ayat 12-14)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Rukyah:


BATUK

Limau Nipis;

Potong separuh limau nipis, tabur sedikit garam, cucuk dengan garfu dan panaskan.

Perah ke dalam bekas dan tambahkan kicap kemudian diminum.


Air, Madu lebah asli, Limau nipis :

Kaedah rawatan: Ambil satu sudu besar madu lebah asli dan kemudian diperah limau nipis ke dalamnya. Sebelum meminum campuran bahan ini, kombinasi ayat dan doa yang telah dinyatakan di atas dengan disertakan niat dan memohon kepada Allah SWT agar disembuhkan batuk yang dialami tersebut. Air yang telah di doakan sesuai untuk diminum dan selepas itu disapu di bahagian leher (sekiranya tidak dapat menyediakan madu lebah asli dan limau nipis kaedah ini sudah memadai) 


Doa melegakan batuk:

Cara rawatan:

letak tangan kat dada...
Istighfar 3 x
Selawat 3x
Selawat syifa
Baca Surah Al Fatihah
Baca Ayat Kursi
Baca Surah Yunus, ayat 57
dan berdoa...
"Ya Allah Ya Tuhan Kau Sembuhkan Penyakit yang ada di dalam dadaku"

Rukyah:


MASALAH GINJAL

Bulu Jagung:

Segenggam bulu jagung direbus dengan segelas air sehinggal tinggal separuh, minum dua kali sehari (khas untuk pecahkan batu karang). 


Air rebusan barli : diminum.


Serai wangi : direbus (akar,batang dan daun) dan minum setelah ditambah gula batu.


Pucuk Katak Puru:

(batu karang, kencing manis, darah tinggi)

- dimakan


Daun Sup:

Rebuskan bersama akarnya dua cawan air menjadi satu cawan. Ambil airnya dan masukkan dua biji limau kasturi - diminum.


Doa untuk rawatan sakit buah pinggang : 

Sambil meletakkan tangan pada tempat yang sakit. bacalah ;

  1. Surah al-Fatihah 1X
  2. Ayat Kursi 1X
  3. Selawat Syifa’ 7X

Baca Ayat 115 – 118 dari surah Al-Mukminum 7X


Baca Ayat 80, Surah As-Syua’araa  7X

“Dan apabila aku sakit , dia lah yang menyembuhkan ku”

Surah Al-Quraish Ayat 1 – 4 7X



Rukyah:






SAKIT GIGI

Daun limau nipis:

4 helai daun limau nipis , hancurkan dan masukkan ke dalam gelas. tambahkan air panas dan sesudu garam , kacau hingga sebati. Gunakan untuk berkumur.

Bunga Cengkih:

Ambil tiga kuntum bunga cengkih dan kemudiannya dimamah sampai lumat. Kemudian serbuk-serbuknya dimasukkan ke dalam lubang gigi yang sakit. Sekiranya tiada lubang maka letakkan di bahagian gusi di mana gigi terasa sakit. Perlu diambil perhatian sekiranya tiga kuntum kurang memberi kesan maka tambahlah dengan lima kuntum sehingga tujuh kuntum bunga cengkih.


Doa sakit gigi:


Serai:

Sediakan air garam suam dan satu batang serai yang telah dibersihkan (bahagian tengahnya sahaja), dibuang kulit kering luarnya dan akarnya serta dipotong bahagian atasnya. Batang serai ini dipanaskan dengan dipanggang diatas api sekadar ia menjadi panas. Berkumur terlebih dahulu dengan air garam suam beberapa kali.Kemudian gigit batang serai yang telah dipanaskan itu dengan gigi yang sakit. Letakkan tapak tangan di pipi di bahagian gigi yang sakit, lalu bacakan doa seperti diatas.

Rukyah:



MASALAH JANTUNG

Limau kasturi :
Kunyah dan makan sebiji limau kasturi (bersama kulit) - kuatkan jantung.

Pucuk pauh(mangga):
Makan pucuk pauh (jadikan ulam) - kuatkan jantung dan cegah kanser.

Bawang putih:
Dua ulas bawang putih diketuk 9biarkan selama 3 minit), masukkan ke dalam air suam dan minum - kurangkan kolestrol darah.

Bawang putih tunggal:
Jeruk dengan madu - dimakan.

Rendam air panas(10 biji), masukkan 2 sudu garam, tambahkan 4 sudu cuka dan gula 2 sudu, simpan 3 minggu kemudian dimakan(basuh sebelum makan).

Pucuk ubi keledek:
Rebus dan minum airnya.

Doa kesihatan jantung:


Letakkan tangan kanan pada dada sebelah kiri dan baca doa di atas.

Rukyah:



MEDU/GASTRIK

Akar semalu :
Rebus dan minum airnya.

Daun kapal terbang:
Ambil bahagian pucuk , baca selawat 7 kali, kunyah dan telan.

Air Tajin:
Semasa nasi mengelegak, ambil airnya, tambahkan madu dan sedikit garam - diminum 2x sehari.

Ubi Kayu:
Ambil kulitnya dan rebus dalam periuk tanah masukkan sedikit minyak jarak, peram semalaman , minum satu sudu teh sebelum sarapan.


Doa /ayat penawar gastrik:

1. Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22

2. Surah Ghafir ayat 41 hingga 55

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Buruuj tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ghafir tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.


Rukyah:





PANAU,KAYAP,KURAP

Kunyit:
2 sudu tepung jagung dan 1 sudu serbuk kunyit diperah 2 biji limau kasturi , campurkan sedikit air dan kacau hingga sebati. sapu ditempat berkenaan.

Petua:
Petua 1 :
Asah kulit pokok kerayong dan disapukan di tempat yang dijangkiti . Kayap tersebut akan kering dan boleh dikoyakkan . 

Petua 2 :
Potong batang keladi candik (keladi merbah) dan ambil airnya lalu disapukan ke tempat sakit. Besoknya  kayap boleh dikoyakkan dan pulih. 

Petua 3 :
Ambilkan 10 duri pokok kekabu dan asahkan duri itu sehingga keluar cecair yang agak pekat. Tadahkan dalam satu bekas, kemudian sapukan cecair duri kekabu ini dan sapukan pada bahagian anggota badan anda yang ada kayap itu. Amalkan petua ini berulangkali sehingga kayap anda kering dan sembuh. 

Petua 4 :
Daun cili boleh mengubati penyakit kayap . Ambil beberapa daun cili dan kapur makan dan kemudian tumbuk dan ramaskan daun cili serta campurkan dengan sedikit kapur makan. Sapukan di bahagia yang terkena kayap . Lakukan sehari 2 kali . Kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari. 

Petua 5:
Baca
1.Surah al-kausar 7x
2.Selawat 7x
Tiup pada air dalam botol yang belum di gunakan. Buat minum dan mandi setiap pagi 3x

Ayat penawar kayap:
1-Surah al-Fatihah,
2-Bismillah 5,



بسم الله الرّحمن الرّحيم .
بسم الله الشّافي .
بسم الله الكافي .
بسم الله المعافي .
بسم الله الّذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض و لا في السّماء و هو السّميع العليم.
3-Surah al-Hasyr ayat 21-24,
4-Selawat Syifa,


اللهم صلّ على سيّدنا محمّد طبّ القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها وعلى آله وصحبه و بارك وسلّم
 5-Doa barah[Surah al-Qalam ayat 1-2].




Rukyah:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan