Selasa, 19 Mei 2020

Masak Apa Hari ini....

1. Masak Tiga Rasa





Sediakan ikan - apa-apa jenis ikan yang digemari
(biasanya siakap,kembong atau selar)
ikan dikelar dan lumur dengan garam kunyit

Bahan Menumis:
4/5 ulas bawang putih - diketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - diketuk

Bahan Untuk Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan 
(boleh ubah mengikut kuantiti ikan)
Bahan-bahan lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nenas dalam tin 
3-4 helai daun limau purut 
Daun sup/daun bawang 
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa(jika perlu)

Cara cara:
Bersih dan toskan ikan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.


Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.


Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai. 

Setelah bawang putih kekuningan, masukkan semua bahan sos dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. 
Kacau sebentar.

Akhir sekali, masukkan bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air seterusnya garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.


Selamat mencuba.

2. Nasi Arab Mudah.


Bahan-bahan:
Butter/margerin
Beras Basmathi
Rempah 4 sekawan
Bawang besar
Tomato
Kambing kari dalam tin(adabi)
Susu cair
Daun Pandan
 Akar ketumbar

Cara-cara:
Rendam 3 cawan beras basmathi.

Panaskan butter/margerin dan tumiskan rempah 4 sekawan.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.

Masukkan 2 tin kari kambing, kacau dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan air 4 cawan, susu cair 1 cawan, akar ketumbar dan daun pandan.

Masukkan beras yang telah direndam.


3. Mee Rebus Kelantan




Bahan-bahan:

Mee
Sayur kangkung / sawi
Satu sudu besar cuka
Lada hitam ditumbuk
Bawang putih – diketuk , Sedikit halia
Isi ayam/daging / sotong / udang  / kerang - boleh campur
Telur
Cili api

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. masukkan bawang putih dan sedikit halia. Bila  bau wangi, masukkan lada hitam kemudian tumis sekejap.

2. Masukkan ayam/daging / sotong / udang  / kerang dan sedikit air. Masukkan juga cuka untuk rasa sedikit masam.

3. Bila ayam/daging / sotong / udang  / kerangsudah masak, masukkan air untuk dijadikan kuah.

4. Bila kuah mengelegak kecilkan api dan masukkan telur. Jangan kacau supaya telor tak hancur kacau.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian masukkan sayur.

6. Bolehlah dihidangkan dengan sedikit perahan asam limau nipis, kicap.

7. Yang suka pedas boleh potong cili api dan masukkan sekali.


4. Mee Goreng Basah

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
10 ekor sotong(mengikut kemampuan)
1 peket fish ball
1 ikat sawi
1 biji tomato
4 sudu cili giling
5 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap pekat
5 sudu kicap manis
1 cawan kecil air

10 biji cili api
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
1. Masukkan 2 sudu minyak masak dan tumis cili api dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat.
2. Masukkan semua sos dan kicap kemudian diikuti dengan sotong dan fish ball.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan mee kuning dan tomato.
5. Kacau sehingga sebati. Hidangkan.


5. Kari Kambing


Kambing 1kg direbus sampai empuk dengan serbuk kunyit,halia dan bawang putih yang ditumbuk dgn batu lesung(blend pun boleh...).

Bahan Tumis:
☑Kayu manis 2
☑Bunga cengkih 5
☑Bunga lawang 2
☑Pelaga 5
☑Jintan manis 1 sudu besar
☑Daun kari
☑Cili kering 10 tangkai dipotong
☑Bawang merah 4 labu dihiris mayang
☑Tomato ceri 15 biji

Bahan lain:
☑1 sudu besar serbuk ketumbar
☑2 sudu besar serbuk cili kering
☑3 sudu besar serbuk kari ayam
☑garam
☑daun ketumbar

Cara:
1. Tumiskan semua bahan tumis di atas sampai layu kemudian masukkan daging kambing yang telah direbus 
2. Letak air 1 cawan air rebusan kambing.
3.  Masukkan serbuk ketumbar ,serbuk cili kering dan serbuk kari ayam.
4. Biarkan sehingga mendidih dan kering sampai jadi pekat, kemudian masukan garam , aji dan daun ketumbar(kalau perlu santan... masukkan sedikit santan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan