Selasa, 22 Disember 2020

Bayam Brazil

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


    Coretan hujung tahun 2020 menyentuh tentang tanaman yang mudah ditanam dan mempunyai banyak khasiat.Bayam Brazil - nama saintifiknya adalah  Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam family Amaranthaceae.  Ia rangup dan boleh dimakan secara mentah.



    Berikut disenaraikan beberapa khasiat tumbuhan ini yang dirujuk di beberapa buah laman sesawang:

1. Mencegah kanser - khususnya kanser prostat dan payudara.

2. Meningkatkan kesihatan mata dan mencegah katarak.

3. Menurunkan berat badan dan mengelak sembelit - kandungan serat yang tinggi.

4. Meningkatkan sistem pertahanan badan - penghasilan sel darah putih.

5. Mengawal tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Sumber vitamin K.

7. Melancarkan aliran darah dan mencegah Anemia.

8. Mengatasi masalah gusi dan mengekalkan kesihatan mulut.

9. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung.

    Walaupun mempunyai pelbagai khasiat, pesakit batu karang dan individu yang mengambil ubat cair darah perlu menghadkan pengambilannya.

Semoga bermanafaat.

Lain-lain yang berkaitan :






Isnin, 14 Disember 2020

Tips Kesihatan... 1

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

    Coretan kali ini adalah berkaitan dengan tips kesihatan bagaimana untuk menjaga dan mengamalkan petua untuk mencuci buah pinggang agar kekal sihat (dengan izin Tuhan). Sumber rujukan adalah parsekitaran maya.

    Berikut adalah beberapa kaedah mencuci buah pinggang dan tips penjagaan yang dapat saya senaraikan :

1. Minum air halia - halia dikisar dan direndamkan ke dalam air panas. Air rendaman itu diminum, boleh juga ditambah madu asli.

2. Minum jus lemon - perah lemon dan campur dengan air sejuk. Kandungan asid sitrik dalam jus lemon dapat membersihkan sisa kalsium pada ginjal.

3. Air rebusan kunyit - boleh juga diperah lemon ke dalamnya.Sumber mengatakan kunyit mengandungi antioksidan,dapat menghentikan radang ginjal dan mengurangkan tekanan darah yang menjadi penyebab penyakit ginjal.

4. Jus durian belanda - dituturkan dari mulut ke mulut.

5. Air rebusan daun jelatang - boleh mengurangkan keradangan ginjal.

6. Minum air kosong dengan banyak - Cecair yang banyak boleh membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan. Dicadangkan 8 gelas atau lebih dalam sehari.

7. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.

8. Minum jus epal - kisar buah epal segar.

9. Makan buah tembikaidituturkan dari mulut ke mulut.

10. Lebihkan ikan dalam menu harian.

11. Elakkan merokok.

12. Jalani hidup aktif - selalu bersenam dan lakukan pegerakan fizikal.

13. Elakkan mengambil ubat tanpa nasihat doktor - bahan kimia seperti raksa, pengawet, warna dan perisa tiruan adalah antara unsur yang boleh mengakibatkan sistem pada buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik.

14. Minum air kelapa.

15. Minum air rebusan barli bersama gula batu.

16. Kurangkan makanan berprotein tinggi.

17. Minum air rebusan daun sup segelas sehari.

18. Makan sayur kobis dan bunga kobis.


BACAAN/DOA UNTUK DIAMALKAN:


Baca dan hembus ke dalam air , air tersebut diminum sebelah pagi dan malam.


Semoga bermanafaat.




Ahad, 6 Disember 2020

Masalah komputer yang biasa ditemui

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

    Coretan pada kali ini adalah berkisar kepada masalah yang sering timbul semasa kita menggunakan komputer. 

1. Komputer reboot sendiri.

    Masalah ini mungkin disebabkan oleh software,hardware atau punca kuasa.

Penyelesaian: Periksa bekalan kuasa dan pastikan mencukupi.Cuci sistem penyejuk. Jika masih berlaku, periksa perisian, remove perisian bermasalah atau repair OS. Jika masih reboot sendiri, masalah berpunca dari RAM.

2.  Sambungan USB tidak berfungsi.

    Mungkin disebabkan oleh lebih penggunaan kuasa, masalah driver atau gangguan perisian.

Penyelesaian: Cuba kurangkan sambungan USB dan buat sambungan terus. Update driver dan remove perisian terbaru yang telah dipasang tanpa anda sedari.

Cara berikut juga boleh dicuba : Matikan komputer dan tanggalkan power cable. Jika laptop - matikan,tanggalkan bateri dan power cable. Biarkan selama 30 minit dan hidupkan semula. 

3. Prestasi komputer semakin perlahan.

    Masalah wujud mungkin kerana komputer anda telah dimuatkan dengan fail yang tidak perlu, pecahan data, ‘registry korup’, gangguan perisian spyware atau perisian perkhidmatan.

Penyelesaian: Padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan ‘registry’ dengan lebih kerap bagi membantu miningkatkan prestasi.

Gunakan disk cleanup untuk membersihkan fail sampah.

Cuba lihat startup program di Run -> msconfig -> startup, dan disable software yang tidak diperlukan dari daftar startup program. Terlalu banyak program yang di load semasa startup akan menyebabkan komputer lambat.

4. Blue screen (skrin biru).

    Skrin biru umumnya disebabkan oleh masalah dengan perkakasan komputer anda atau masalah dengan perisian pemacu perkakasannya. Kadang-kadang, ia boleh disebabkan oleh masalah dengan perisian peringkat rendah yang beroperasi di kernel Windows.

Penyelesaian: Guna sisrem restore, scan malware,install update driver,boot dalam safe mode dan check masalah hardware.

5. Black screen.

    Black screen biasanya berlaku akibat masalah hardware,software atau kedua-duanya sekali.Kadang-kadang ia berlaku akibat hilang sambungan dengan display.

Penyelesaian: Anda boleh menggunakan pintasan papan kekunci Windows + Ctrl + Shift + B untuk memulakan semula pemacu video dan membuat pautan semula ke monitor/display.Kadang-kadang perlu juga reboot.Tekan Ctrl + Alt + Del dan normal Windows akan muncul. Klik butang power di sudut kanan bawah skrin anda dan pilih "Restart" untuk menghidupkan semula PC.

6. Skrin tidak berfungsi.

    Skrin tiada sebarang tindak balas (freeze), berpunca daripada RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan ‘spyware’.

Penyelesaian : Anda terpaksa reboot komputer. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang

7.  Serangan virus dan ‘spyware’ .
    Pekara yang biasa berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. 

Penyelesaian : Windows Defender ialah perisian ‘antispyware’ yang disertakan bersama Windows dan berjalan secara automatik apabila komputer dihidupkan. Kemaskini Windows Defender bagi memastikan pengesanan ‘spyware’ terbaru. Anda juga dinasihatkan supaya memasang perisian antivirus terkini.

8. Tidak dapat menjalankan windows.

    Komputer tidak melepasi windows dan perisian tidak boleh dibuka.

Penyelesaian : Restart dan tekan F8 untuk jalankan windows dalam safe mode.Cuba gunakan ‘system restore’ atau recovery untuk kembali pada tarikh sebelumnya.Jika anda tidak dapat boot ke ‘safe mode’, cuba boot ke mode ‘repair my computer’ untuk memperbaiki masalah.

9. Kehilangan fail ‘Dynamic-Link Library’ (dll).

    DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi anda mengenai bagaimana untuk melaksanakan fungsi tertentu. Kadangkala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila fail DLL tertentu tidak boleh dibaca, komputer anda tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan.

Penyelesaian: Dapatkan maklumat lanjut mengenai fail tersebut dan cuba buat penggantian.

10. Pop Up muncul di desktop.

    Hal ini disebabkan oleh adware yang terinstall bersama software-software tertentu.

Penyelesaian : Untuk mengatasi adware tersebut, scan komputer anda menggunakan antivirus  dan MalwareBytes Anti-malware

Anda juga boleh remove software sampah melalui control panel.

11. Wifi bermasalah.

    Sambungan wifi sering terputus.

Penyelesaian : Kemaskini driver wifi.seterusnya gunakan fungsi Troubleshoot Problem dengan klik kanan icon Wi-Fi di taskbar dan pilih Troubleshoot Problems.

Seringkali juga masalah ini akibat daripada gangguan malware.

12. Website Security Certificate.

    Setting masa atau/dan tarik tidak betul.Mungkin akibat daripada bateri CMOS lemah.

Penyelesaian: Betulkan setting dan ganti bateri CMOS.

Bersihkan cache dan cookies.

13. Sistem corrupt/error.

    Akibat daripada fail penting terdelete atau rosak.

Penyelesaian: Buat inslallation semula dan pilih repair.

Anda juga boleh membuka Command Prompt dengan Run As Administrator, dan jalankan command sfc /scannow.

Command ini akan menyemak sistem dan mengganti file sistem yang rosak dengan yang baru.

Semoga bermanafaat.

Lain-lain yang berkaitan:

Pelbagai Kaedah PDPR

Antivirus Percuma

Masalah Komputer

Skrip Java dalam HTML

RPT

PDP Geografi

Python

Persekitaran Kod Arahan

Pembelajaran online ASK

Takwim Persekolahan

Reset Printer




Jumaat, 4 Disember 2020

Antivirus percuma - free antivirus.

 

1. Smadav 2020 (Support for Windows 10 (Smadav can be used in Windows XP/Vista/7/8/10))

    - mengesan virus dan menampilkan fail tersembunyi

    - pendamping antivirus pertama

    - membersih sistem terkesan virus

    Klik di sini untuk download.

2. Avast Free antivirus

  • Antivirus, Antimalware
  • Anti-ransomware (basic protection)
  • Password manager
  • Wi Fi Security
  • Full screen mode which disables notifications and reduces system load when play games or watch movies.
  • Smart Scan to scan the system for unsafe settings and software which require to update.

    Klik di sini untuk download.

3. Avira Free Security suite

  • Antivirus, anti-malware
  • Anti-ransomware (basic protection)
  • Phishing protection.
  • Password manager
  • Avira protected Opera browser
  • Access to Free Avira Phantom VPN (1GB/month)
  • System speed optimization tool.
  • Avira privacy pal (personal assistant to safeguard your privacy).

    Klik di sini untuk download.

4. Bitdefender

  • Antivirus, antimalware
  • Anti-ransomware (basic protection)
  • Phishing protection
  • Safe website filter

    Klik di sini untuk download.

5. AVG

    - Password manager, wifi security, game mode

    Klik di sini untuk download.

6. Panda Antivirus

  • Improved protection against Phishing, Spyware, Trojan and Rootkits.
  • USB protection.
  • Real time protection.
  • Improved protection against both known and unknown viruses.
  • Rescue disk option to create a bootable rescue to scan any infected PC.

Klik di sini untuk download.

7. SuperAntiSpyware

    - Detect and remove spyware, malware, rootkits, trojans, hijackers, and other malicious threats

Klik di sini untuk download.

8. CCleaner

    - membersih sistem komputer anda untuk kelancaran.

Klik di sini untuk download.



Semoga Bermanafaat.


Lain-lain yang berkaitan:

Pelbagai Kaedah PDPR

Antivirus Percuma

Masalah Komputer

Skrip Java dalam HTML

RPT

PDP Geografi

Python

Persekitaran Kod Arahan

Pembelajaran online ASK

Takwim Persekolahan

Reset Printer




Pelbagai Masakan Ayam

 1. Gulai Ayam Kampung


Bahan A

1/2 ekor ayam

11/2 sudu besar rempah gulai ayam

250 gm santan pekat

750 ml air

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 sudu besar kerisik

2 keping asam keping

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil garam kasar

3 biji cili hijau besar / kentang

Bahan B

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Cara Penyediaan:

Ayam basuh bersih dan tos. Lumur dengan garam dan kunyit.

Potong bahan B untuk tumis.

Tumis bahan B hingga naik bau.

Masukkan rempah. Kacau hingga rata.

Masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangit. Masak hingga rempah pecah minyak

Masukkan ayam dan gaul hingga rata.. biarkan seketika.

Masukkan air dan santan.

Masak hingga mendidih

Bila mendidih, masukkan garam, gula,asam keping,cili,kentang dan kerisik.

Masak hingga pecah minyak

Siap.


2. Ayam Masak Halia


Bahan-bahan

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus 
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang (pilihan)
  • 2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa


Cara Penyediaan:

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki goreng ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih, kacau seketika.
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air untuk lebih kuah.
  5. Taburkan cili merah dan bawang besar, kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan tabur dengan daun bawang.


3. Ayam Masak Kicap


  • Bahan A :
    • 4 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1-2 inci halia
  • Bahan B:
    • 1/2 ekor ayam
    • sedikit garam
    • sedikit serbuk kunyit
    • 1 biji tomato
    • 2 biji kentang
    • minyak masak secukupnya
    • 1-2 sudu besar cili giling
    • kicap manis ,anggaran 1/4 cawan
    • 2 sudu besar sos tiram
    • sedikit air
    • 5 biji cili padi
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • 1 biji bawang besar
    • daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan potong.
  2. Potong bawang besar, daun bawang, kentang dan tomato (belah 4).
  3. Potong kasar bahan A kemudian tumbuk.
  4. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  5. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga sedikit keperangan.
  6. Goreng ayam separuh masak, boleh angkat dan ketepikan.
  7. Tumiskan bahan A  sampai kekuningan.
  8. Tambah cili giling.
  9. Masukkan balik ayam goreng tadi.
  10. Masukkan kicap manis, sos tiram dan air.
  11. Bila ayam dah masak, boleh masukkan cili api, kentang goreng, tomato, lada sulah dan bawang besar.

4. Ayam Percik


  • Bahan untuk kisar halus (perapan):
    • 6 ulas bawang merah
    • 1 batang serai
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 sudu kecil garam
    • 2 cm halia
  • Bahan untuk kuah percik:
    • 3 cawan santan pekat
    • 1 batang serai
    • 2 cm halia
    • 4-5 tangkai cili kering
    • 8-10 ulas bawang merah
    • garam secukup rasa
    • gula secukup rasa
    • sedikit asam jawa
    • 1 ekor ayampotong 4

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
  3. Cara penyediaan untuk kuah:
  4. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Masukkan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.


5. Ayam Masak Lada Hitam


Bahan-Bahan:

  • 500g ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)
  • Bawang besar 
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan  minyak, goreng ayam separuh masak. 
  2. Tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
  3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dan masukkan ayam. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  4. Kemudian tambah bancuhan tepung jagung dengan air dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hias dengan taburan daun bawang.


#resepi

#masak ayam

Khamis, 3 Disember 2020

Pelbagai Masakan Ikan

 Catat di sini untuk rujukan

1. Gulai kuning ikan/telur itik

Bahan A:

5 ekor ikan kembung/selayang / 6 biji telur itik (mengikut keperluan)

1 kotak kecil santan

Sedikit kerisik

2 keping asam

Garam kasar dan gula

Tambahan: Kacang panjang/timun/lada besar

 

Bahan B:

5-6 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 sudu besar cili kisar giling (boleh juga guna lada kering)

1 inci lengkuas

2 inci kunyit hidup (boleh juga guna serbuk)

 

Cara-cara:

Tumbuk/kisar semua bahan B dan masak dengan air sehingga mendidih dan betul-betul masak.

Masukkan santan, asam keping, garam dan gula. Sentiasa dikacau sehingga santan mendidih untuk mengelakkan kuah dari berketul.Boleh ditambah air jika terlalu pekat.

Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan/telur, timun, lada besar atau kacang panjang dan kerisik. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat .

Siap untuk hidangan.


2. Masak Kicap Ikan Selar


Bahan-bahan:

4 ekor ikan selar / kembung

1/2 inci halia, diketuk

3 ulas bawang putih, diketuk

1 biji bawang besar, dihiris

1 biji cili merah, dihiris

1 biji cili hijau, dihiris

Sedikit cuka

6 sudu besar kicap

1 sudu besar sos tiram

sedikit serbuk lada sulah

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

setengah cawan air

 

 

Cara-cara:

Ikan selar digaul garam kunyi dan digoreng.

Panaskan 3 sudu minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau. Tuang air, masukkan kicap dan sedikit cuka. Kacau dan biarkan mendidih.

Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga masak.

 

Siap untuk hidangan.


Ahad, 22 November 2020

Panduan dan tunjuk cara


 Cara membina montaj dengan mudah.




Cara mudah menggunakan Microsoft One Note







Merekod kehadiran secara auto dalam google meet





Buat e-Poster menggunakan Canva





Menyelesaikan masalah tidak boleh akses classroom





Breakout Room dalam Google Meet




Menggunakan Classroomscreen dalam pengajaran







Terima Kasih kepada pemilik bahan asal.


Link ke laman membina kuiz untuk mempelbagaikan kaedah penilaian PDPR

kings

Isnin, 25 Mei 2020

Koleksi Ceramah Agama

Koleksi ceramah yang patut kita dengar dan hayati untuk panduan hidup supaya tidak tersasar dari landasan semasa hidup di dunia yang tidak akan kekal ini. kita semua bakal jenazah.




Allahyarham Ustaz Ismail Kamus : Amalan untuk nak jadi manusia beriman.




Ustaz Muhaizad Al Yamani : Hati-hati dengar sihir.




Allahyarham Datuk Abu Hasan Din : Dua jenis roh di alam barzakh.




Ustaz Syamsul Zaman : Amanah dari Allah.




Ustaz Auni Mohamed : Jin,iblis dan syaitan.




Ustaz Syamsul Debat : Keluarga syurga keluarga neraka.




Ustaz Azhar Idrus : Soal jawab agama  vol 1.




Ustaz Azhar Idrus : Soal jawab agama  vol 2.




Ustaz Azhar Idrus : Soal jawab agama.




Ustaz Somad : Soal jawab agama 1.




Ustaz Somad : Soal jawab agama 2.




Ustaz Khairul Ikhwan : Indahnya damai.




Ustaz Azhar : Benih iblis




Ustaz Sharhan : Koleksi ayat syifa




Saka tujuh keturunan




Selasa, 19 Mei 2020

Masak Apa Hari ini....

1. Masak Tiga Rasa





Sediakan ikan - apa-apa jenis ikan yang digemari
(biasanya siakap,kembong atau selar)
ikan dikelar dan lumur dengan garam kunyit

Bahan Menumis:
4/5 ulas bawang putih - diketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - diketuk

Bahan Untuk Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan 
(boleh ubah mengikut kuantiti ikan)
Bahan-bahan lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nenas dalam tin 
3-4 helai daun limau purut 
Daun sup/daun bawang 
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa(jika perlu)

Cara cara:
Bersih dan toskan ikan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.


Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.


Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai. 

Setelah bawang putih kekuningan, masukkan semua bahan sos dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. 
Kacau sebentar.

Akhir sekali, masukkan bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air seterusnya garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.


Selamat mencuba.

2. Nasi Arab Mudah.


Bahan-bahan:
Butter/margerin
Beras Basmathi
Rempah 4 sekawan
Bawang besar
Tomato
Kambing kari dalam tin(adabi)
Susu cair
Daun Pandan
 Akar ketumbar

Cara-cara:
Rendam 3 cawan beras basmathi.

Panaskan butter/margerin dan tumiskan rempah 4 sekawan.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.

Masukkan 2 tin kari kambing, kacau dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan air 4 cawan, susu cair 1 cawan, akar ketumbar dan daun pandan.

Masukkan beras yang telah direndam.


3. Mee Rebus Kelantan




Bahan-bahan:

Mee
Sayur kangkung / sawi
Satu sudu besar cuka
Lada hitam ditumbuk
Bawang putih – diketuk , Sedikit halia
Isi ayam/daging / sotong / udang  / kerang - boleh campur
Telur
Cili api

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. masukkan bawang putih dan sedikit halia. Bila  bau wangi, masukkan lada hitam kemudian tumis sekejap.

2. Masukkan ayam/daging / sotong / udang  / kerang dan sedikit air. Masukkan juga cuka untuk rasa sedikit masam.

3. Bila ayam/daging / sotong / udang  / kerangsudah masak, masukkan air untuk dijadikan kuah.

4. Bila kuah mengelegak kecilkan api dan masukkan telur. Jangan kacau supaya telor tak hancur kacau.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian masukkan sayur.

6. Bolehlah dihidangkan dengan sedikit perahan asam limau nipis, kicap.

7. Yang suka pedas boleh potong cili api dan masukkan sekali.


4. Mee Goreng Basah

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
10 ekor sotong(mengikut kemampuan)
1 peket fish ball
1 ikat sawi
1 biji tomato
4 sudu cili giling
5 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap pekat
5 sudu kicap manis
1 cawan kecil air

10 biji cili api
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
1. Masukkan 2 sudu minyak masak dan tumis cili api dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat.
2. Masukkan semua sos dan kicap kemudian diikuti dengan sotong dan fish ball.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan mee kuning dan tomato.
5. Kacau sehingga sebati. Hidangkan.


5. Kari Kambing


Kambing 1kg direbus sampai empuk dengan serbuk kunyit,halia dan bawang putih yang ditumbuk dgn batu lesung(blend pun boleh...).

Bahan Tumis:
☑Kayu manis 2
☑Bunga cengkih 5
☑Bunga lawang 2
☑Pelaga 5
☑Jintan manis 1 sudu besar
☑Daun kari
☑Cili kering 10 tangkai dipotong
☑Bawang merah 4 labu dihiris mayang
☑Tomato ceri 15 biji

Bahan lain:
☑1 sudu besar serbuk ketumbar
☑2 sudu besar serbuk cili kering
☑3 sudu besar serbuk kari ayam
☑garam
☑daun ketumbar

Cara:
1. Tumiskan semua bahan tumis di atas sampai layu kemudian masukkan daging kambing yang telah direbus 
2. Letak air 1 cawan air rebusan kambing.
3.  Masukkan serbuk ketumbar ,serbuk cili kering dan serbuk kari ayam.
4. Biarkan sehingga mendidih dan kering sampai jadi pekat, kemudian masukan garam , aji dan daun ketumbar(kalau perlu santan... masukkan sedikit santan).