Isnin, 16 Ogos 2021

Persekitaran Kod Arahan

Asas Sains Komputer Tingkatan 2

Kod Arahan merupakan satu arahan yang ditulis dalam bahasa komputer untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas.

Satu set kod arahan adalah sama dengan segmen kod

Kod arahan ditulis oleh pengaturcara menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer seperti Scratch, HTML, C, Java, Python dan lain-lain.

Persekitaran kod arahan  merujuk kepada perkakasan, sambungan internet, pelayar web dan perisian  yang diperlukan untuk pembangunan aturcara.

Kod arahan perlu diterjemahkan ke bahasa mesin sebelum dilaksanakan.

Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri.

Terdapat 3 jenis penterjemah: Penghimpun, Pengkompil dan Pentafsir.





Jenis data digunakan semasa pengisytiharan suatu pembolehubah untuk membenarkan aturcara mengenalpasti kegunaan pembolehubah tersebut dalam storan ingatan dengan berkesan.


Jenis data: 

i) integer = nombor yang tidak mempunyai bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan. Integer juga dikenali sebagai nombor bulat. Integer terdiri daripada nombor positif, sifar dan nombor negatif.

ii) Double = nombor yang mengandungi bahagian pecahan, iaitu nombor mempunyai titik perpuluhan.
Python tidak menyokong double tetapi menggunakan jenis data float.
Perbezaan antara double dan float ialah double menggunakan memori sebanyak 64 bit manakala float menggunakan 32 bit.
Fungsi round() digunakan untuk membundarkan nilai float kepada bilangan tempat perpuluhan yang dikehendaki.

iii) Char = jenis data yang digunakan untuk mewakili aksara (character).
Aksara terdiri daripada huruf abjad, angka dan simbol.
Bahasa pengaturcaraan Python tidak menyokong jenis data char, tetapi menyokong string.
iv)String = satu perkataan yang dibina daripada aksara.
String terdiri daripada urutan aksara-aksara yang berjujukan yang membentuk satu rentetan(string).

Nilai string perlu diletakkan simbol (‘……’) atau (“…..”).
Ruang kosong dalam satu string juga dikira sebagai satu aksara.
Simbol , menggabungkan dua string dengan satu ruang kosong.
Simbol + menggabungkan dua string tanpa sebarang ruang kosong
Simbol * mengulang string dengan bilangan yang dinyatakan.

v) Boolean =mempunyai hanya 2 nilai “True” atau “False”
Dua nilai ini digelar nilai logik 1 dan 0. (1=Benar, 0= Palsu)




Pembolehubah merupakan storan ingatan dalamkomputer yang digunakan oleh atur cara. Ia mewakili sesuatu data yang perlu diguna berulang kali.


Pemalar bertindak seakan-akan pembolehubah, ia menyimpan sesuatu nilai dalam ingatan komputer.


Perbezaan pembolehubah dan pemalar:

PembolehubahPemalar
Nilainya boleh berubah-ubahNilainya adalah tetap dan tidak akan berubah
Pengaturcara perlu mengingat label dan
nilai yang digunakan
Pengaturcara tidak perlu mengingat label dan
nilai yang digunakan.




3 jenis operator
  • Operator Perbandingan
  • Operator Logik
  • Operator Matematik

Fungsi Input

  • maklumat yang dimasukkan oleh pengguna melalui papan kekunci, klik tetikus, pangkalan data, skrin sentuh, gerakan atau internet.
  • untuk mendapatkan data input daripada pengguna, biasanya menggunakan papan kekunci
  • Apabila sintak input() dibaca, aturcara akan menunggu input daripada pengguna.

Fungsi Output

  • maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer
  • maklumat yang dipaparkan adalah hasil daripada proses yang dilakukan oleh segmen kod.
  • Apabila sintak print() dibaca, aturcara akan memaparkan teks yang berada dalam tanda (""). 

Fungsi input dan output membolehkan  mesej yang hendak disampaikan difahami oleh pengguna dan diterima oleh komputer.


Ralat - kesilapan atau kesalahan  dalam pembangunan aturcara atau segmen kod.

Ada 3 jenis ralat:

  • ralat sintaks - disebabkan kesilapan ejaan atau kesilapan peraturan bahasa pengaturcaraan
          Contohnya : penggunaan sintaks yang tidak betul, perkataan sintaks / arahan dieja salah, tertinggal simbol seperti titik bertindih, petikan atau tanda kurungan, penggunaan inden yang 
          salah.
  • ralat masa larian - segmen kod aturcara berhenti secara tiba-tiba disebabkan yang berikut : pembahagian dengan sifar, penambahan pembolehubah yang berlainan jenis data, tidak mentakrifkan pembolehubah, fungsi, modul atau objek sebelum digunakan, mengakses fail yang tidak wujud.

  • ralat logik - disebabkan kecuaian pengaturcara seperti kesalahan menggunakan operator. Ralat logik tidak mengganggu perlaksanaan segmen kod tetapi akan mengeluarkan output yang salah.



PYTHON

Python merupakan bahasa pengaturcaraan yang popular. Ini diciptakan oleh Guido Van Rossum, dan mula diguna pada tahun 1991.

Ia digunakan untuk:

pembangunan laman web (server side),

pembangunan perisian,

pengiraan matematik,

menghasilkan skrip sistem.

Apa yang boleh dibuat dengan Python?

Python dapat digunakan pada server untuk membuat aplikasi web.

Python boleh digunakan bersama perisian untuk membuat aliran kerja.

Python boleh menyambung ke sistem pangkalan data. Ia juga dapat membaca dan mengubah fail.

Python dapat digunakan untuk menangani data besar dan melakukan pengiraan matematik yang kompleks.

Python dapat digunakan untuk prototaip cepat, atau untuk pengembangan perisian siap produksi.


Belajar Asas Python melalui video berikut :



Site untuk laksanakan kod python online:


https://www.codechef.com/ide

**boleh juga install pydroid3 dalam android.

#PDPR

--------------------------------------

Pelajari asas python melalui link-link berikut:

1. codeacademy

https://www.codecademy.com/catalog/language/python

 

2. code camp

https://www.freecodecamp.org/learn/machine-learning-with-python/


3. w3school

https://www.w3schools.com/python/python_intro.asp


5. tutorial

https://www.tutorialcup.com/ms/ular-sawa


6. google developer

https://developers.google.com/edu/python/introduction



7. Blog Cg. Fairy





kings

Tiada ulasan:

Catat Ulasan