Ahad, 6 Disember 2020

Masalah komputer yang biasa ditemui

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

    Coretan pada kali ini adalah berkisar kepada masalah yang sering timbul semasa kita menggunakan komputer. 

1. Komputer reboot sendiri.

    Masalah ini mungkin disebabkan oleh software,hardware atau punca kuasa.

Penyelesaian: Periksa bekalan kuasa dan pastikan mencukupi.Cuci sistem penyejuk. Jika masih berlaku, periksa perisian, remove perisian bermasalah atau repair OS. Jika masih reboot sendiri, masalah berpunca dari RAM.

2.  Sambungan USB tidak berfungsi.

    Mungkin disebabkan oleh lebih penggunaan kuasa, masalah driver atau gangguan perisian.

Penyelesaian: Cuba kurangkan sambungan USB dan buat sambungan terus. Update driver dan remove perisian terbaru yang telah dipasang tanpa anda sedari.

Cara berikut juga boleh dicuba : Matikan komputer dan tanggalkan power cable. Jika laptop - matikan,tanggalkan bateri dan power cable. Biarkan selama 30 minit dan hidupkan semula. 

3. Prestasi komputer semakin perlahan.

    Masalah wujud mungkin kerana komputer anda telah dimuatkan dengan fail yang tidak perlu, pecahan data, ‘registry korup’, gangguan perisian spyware atau perisian perkhidmatan.

Penyelesaian: Padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan ‘registry’ dengan lebih kerap bagi membantu miningkatkan prestasi.

Gunakan disk cleanup untuk membersihkan fail sampah.

Cuba lihat startup program di Run -> msconfig -> startup, dan disable software yang tidak diperlukan dari daftar startup program. Terlalu banyak program yang di load semasa startup akan menyebabkan komputer lambat.

4. Blue screen (skrin biru).

    Skrin biru umumnya disebabkan oleh masalah dengan perkakasan komputer anda atau masalah dengan perisian pemacu perkakasannya. Kadang-kadang, ia boleh disebabkan oleh masalah dengan perisian peringkat rendah yang beroperasi di kernel Windows.

Penyelesaian: Guna sisrem restore, scan malware,install update driver,boot dalam safe mode dan check masalah hardware.

5. Black screen.

    Black screen biasanya berlaku akibat masalah hardware,software atau kedua-duanya sekali.Kadang-kadang ia berlaku akibat hilang sambungan dengan display.

Penyelesaian: Anda boleh menggunakan pintasan papan kekunci Windows + Ctrl + Shift + B untuk memulakan semula pemacu video dan membuat pautan semula ke monitor/display.Kadang-kadang perlu juga reboot.Tekan Ctrl + Alt + Del dan normal Windows akan muncul. Klik butang power di sudut kanan bawah skrin anda dan pilih "Restart" untuk menghidupkan semula PC.

6. Skrin tidak berfungsi.

    Skrin tiada sebarang tindak balas (freeze), berpunca daripada RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan ‘spyware’.

Penyelesaian : Anda terpaksa reboot komputer. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang

7.  Serangan virus dan ‘spyware’ .
    Pekara yang biasa berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. 

Penyelesaian : Windows Defender ialah perisian ‘antispyware’ yang disertakan bersama Windows dan berjalan secara automatik apabila komputer dihidupkan. Kemaskini Windows Defender bagi memastikan pengesanan ‘spyware’ terbaru. Anda juga dinasihatkan supaya memasang perisian antivirus terkini.

8. Tidak dapat menjalankan windows.

    Komputer tidak melepasi windows dan perisian tidak boleh dibuka.

Penyelesaian : Restart dan tekan F8 untuk jalankan windows dalam safe mode.Cuba gunakan ‘system restore’ atau recovery untuk kembali pada tarikh sebelumnya.Jika anda tidak dapat boot ke ‘safe mode’, cuba boot ke mode ‘repair my computer’ untuk memperbaiki masalah.

9. Kehilangan fail ‘Dynamic-Link Library’ (dll).

    DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi anda mengenai bagaimana untuk melaksanakan fungsi tertentu. Kadangkala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila fail DLL tertentu tidak boleh dibaca, komputer anda tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan.

Penyelesaian: Dapatkan maklumat lanjut mengenai fail tersebut dan cuba buat penggantian.

10. Pop Up muncul di desktop.

    Hal ini disebabkan oleh adware yang terinstall bersama software-software tertentu.

Penyelesaian : Untuk mengatasi adware tersebut, scan komputer anda menggunakan antivirus  dan MalwareBytes Anti-malware

Anda juga boleh remove software sampah melalui control panel.

11. Wifi bermasalah.

    Sambungan wifi sering terputus.

Penyelesaian : Kemaskini driver wifi.seterusnya gunakan fungsi Troubleshoot Problem dengan klik kanan icon Wi-Fi di taskbar dan pilih Troubleshoot Problems.

Seringkali juga masalah ini akibat daripada gangguan malware.

12. Website Security Certificate.

    Setting masa atau/dan tarik tidak betul.Mungkin akibat daripada bateri CMOS lemah.

Penyelesaian: Betulkan setting dan ganti bateri CMOS.

Bersihkan cache dan cookies.

13. Sistem corrupt/error.

    Akibat daripada fail penting terdelete atau rosak.

Penyelesaian: Buat inslallation semula dan pilih repair.

Anda juga boleh membuka Command Prompt dengan Run As Administrator, dan jalankan command sfc /scannow.

Command ini akan menyemak sistem dan mengganti file sistem yang rosak dengan yang baru.

Semoga bermanafaat.

Lain-lain yang berkaitan:

Pelbagai Kaedah PDPR

Antivirus Percuma

Masalah Komputer

Skrip Java dalam HTML

RPT

PDP Geografi

Python

Persekitaran Kod Arahan

Pembelajaran online ASK

Takwim Persekolahan

Reset Printer




1 ulasan: