Ahad, 4 Disember 2022

Lata Janggut

    Dalam perjalanan pulang dari Grik, melalui Jeli, kami berkunjung ke Lata Janggut yang berlokasi 13 km dari bandar Jeli , Kelantan.



    Nama Lata Janggut wujud sebelum tahun 1960an lagi.Air Terjun Lata Janggut mempunyai tiga tingkat dengan menjanjikan tempat mandi yang selamat apabila terdapat beberapa kolam yang terbentuk dari batu-batu di jeram itu.






    Antara kemudahan yang boleh didapati di Air Terjun Lata Janggut adalah wakaf rehat, surau, tempat perkhemahan, laluan hutan dan tempat letak kenderaan.

 


    Pengunjung pastinya seronok apabila mengunjungi Lata Janggut  kerana dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan sungai mengalir air bersih yang sesuai untuk pelbagai aktiviti air.

    Kami bercadang untuk datang semula dan menginap di D' Pergau Inn.

# Pelancongan

# Jeli

# Kelantan

Sabtu, 3 Disember 2022

Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis

    Semasa menghadiri majlis konvokesyen di UniMap Perlis pada 26 - 28 November 2022, kami berkesempatan mengunjungi Taman Ular dan Reptilia berlokasi 10km dari bandar Kangar.


    Taman ini terletak di kawasan menghijau , jauh dari dari kesibukan kenderaan dan dikelilingi hutan simpan Bukit Bintang serta berdekatan kawasan rekreasi Sungai Batu Pahat,Kangar.

BAYARAN TIKET MASUK:

DEWASA (13 - 59 TAHUN): RM10.00

WARGA EMAS                    : RM5.00

KANAK-KANAK(5 - 12 TAHUN):RM5.00

KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN DAN OKU : PERCUMA


Berikut adalah antara beberapa rakaman di sekitar taman tersebut yang dapat kami kongsikan:

Ular Kucing Taring

Ular Katam Belang

Ular Jagung

Ular Tedung Senduk Albino

Ular Raja

Ular Sawa Burma

Ular Sawa Batik

Ular Tikus Biasa

Ular Kapak Bodoh

Ular Punti

Ular Tedung Senduk




Buaya Tembaga



Iguana


Biawak



Burung Unta


Rusa

Bustana Kucing

Burung Merak

Landak

Ular Jinak (untuk bergambar)

Musang

Video dari youtube :


Jika anda ingin melawat, waktu operasinya adalah:
9.00 pagi - 5.00 petang  : Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi hingga 5.30 petang : Sabtu & Ahad


# Pelancongan
# Kangar
# Perlis

Khamis, 6 Oktober 2022

Perkhemahan PBSM

 Perkhemahan Perdana Tahunan badan beruniform SMK Kuala Besut telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum pada 5 - 7 Oktober 2022.

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah menghantar 10 orang peserta yang terdiri daripada 6 lelaki dan 4 perempuan.