Ahad, 4 Disember 2022

Lata Janggut

    Dalam perjalanan pulang dari Grik, melalui Jeli, kami berkunjung ke Lata Janggut yang berlokasi 13 km dari bandar Jeli , Kelantan.



    Nama Lata Janggut wujud sebelum tahun 1960an lagi.Air Terjun Lata Janggut mempunyai tiga tingkat dengan menjanjikan tempat mandi yang selamat apabila terdapat beberapa kolam yang terbentuk dari batu-batu di jeram itu.






    Antara kemudahan yang boleh didapati di Air Terjun Lata Janggut adalah wakaf rehat, surau, tempat perkhemahan, laluan hutan dan tempat letak kenderaan.

 


    Pengunjung pastinya seronok apabila mengunjungi Lata Janggut  kerana dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan sungai mengalir air bersih yang sesuai untuk pelbagai aktiviti air.

    Kami bercadang untuk datang semula dan menginap di D' Pergau Inn.

# Pelancongan

# Jeli

# Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan