RAJA JEMBAL 2 : RAJA LOYOR
Raja Loyor (Raja Adiluddin) adalah seorang daripada 4 putera Raja Sakti. Baginda adalah pemerintah kedua kerajaan Jembal selepas kematian ayahanda baginda, Raja Sakti pada tahun 1649. Sebelum itu, baginda dilantik sebagai Bendahara.
Raja Loyor adalah ayahanda kepada Puteri Saadong, beliau
berkahwin dengan Puteri Nang Chayang, salah seorang raja perempuan Patani, dan
memperoleh Puteri Saadong hasil daripada perkahwinan tersebut. Seorang lagi
anak baginda mati kecil
Raja Loyor sangat dikasihi oleh semua lapisan rakyat jelata
dan para pembesar negeri. Sikap baginda sangat luar biasa, lemah lembut, halus
tutur kata dan bersopan santun. Mengikut kepercayaan, pada diri baginda
terdapat sifat-sifat ganjil yang kononnya baginda berdarah putih, tulang
tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Pendek kata apa yang dihajati semuanya dapat kerana baginda adalah seorang yang
"keramat".
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan
Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong
sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti
Baginda digantikan oleh adinda baginda Raja Bahar Bendahara.
Baginda dimakamkan berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja sakti, Kota Jembal.
ALFATIHAH...
https://goo.gl/maps/JtpatwB3kQGxa3F66
Sumber lain :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan