DARAH TINGGI , KENCING MANIS , GOUT , LEMAH TENAGA BATIN.
DARAH TINGGI
LEMON
Perah lemon dua sudu ke dalam gelas tambahkan air mineral , baca ;
Al fatihah 1 x
3 Qul 1x
Selawat 7x
Minum sebelum tidur.
(berkesan untuk darah tinggi, kencing manis, kolestrol , gout)
Doa / ayat penawar darah Tinggi:
doa merawat tekanan darah tinggi yang kami amalkan pada setiap masa terutama sekali selepas menunaikan solat lima waktu ( fardu ).
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
- Baca surah Al – Fatihah – 1 kali .
2. Baca Ayat Qursi – 1 kali
3. Baca surah Al – Hasyr – 1 kali – ayat 21 – 24 .
4. Selawat syifa – 7 kali .
5. Doa merawat tekanan darah tinggi – 7 kali
6. Surah Yunus Ayat 57
7. Surah Fussilat Ayat 44
1 – Surah Al – Fatihah.
Terjemahan surah di atas : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (١)Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
Terjemahan surah di atas : Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. / (24)
Rukyah:
KENCING MANIS
Peria katak:
Peria katak ibarat insulin tumbuh-tumbuhan dan ia digunakan dalam perubatan Ayurveda sebagai penawar kencing manis. Sayur pahit ini menyerupai tindakan insulin dengan memberikan kesan hipoglisemia. Namun, anda harus berhati-hati dengan pengambilan peria katak kerana ia boleh menyebabkan paras gula turun sangat rendah apabila digunakan bersama ubat moden.
Lidah buaya:
Kajian awal mengaitkan penggunaan lidah buaya dalam rawatan diabetes dengan penurunan kadar glukosa, terutamanya kadar glukosa darah puasa. Tambahan pula, lidah buaya juga boleh merendahkan kandungan lemak dalam badan dan ia juga merupakan satu cara tradisional untuk merawat luka kencing manis.
Kayu manis:
Penggunaan kayu manis dalam makanan bermula beribu-ribu tahun lalu. Banyak kajian membuktikan penggunaan kayu manis meningkatkan sensitiviti terhadap insulin serta merendahkan kadar kolesterol dalam badan. Selain itu, kayu manis juga boleh mencegah komplikasi diabetes seperti masalah jantung dan darah tinggi.
Halba:
Halba mempunyai kandungan serat larut yang tinggi. Ini boleh melambatkan penyerapan glukosa serta melambatkan pengosongan perut. Terdapat satu kajian yang membuktikan penggunaan halba 15g serbuk halba dalam makanan berjaya merendahkan kadar glukosa darah post-prandial (selepas makan) dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.
Masak air hingga mendidih, masukkan halba,halia dan serai dan teruskan didih.(alternatif : tambah sedikit madu dan limau nipis)
Ginseng:
Ginseng sememangnya berupaya untuk meningkatkan daya imunisasi badan serta pembekal tenaga yang baik. Ginseng Panax amat popular dalam menurunkan kadar glukosa darah, namun kajian tambahan perlu dilakukan untuk mengetahui secara konklusif.
Ayat/doa penawar kencing manis:
Rukyah:
GOUT
Doa/ayat merawat gout:
baca Al fatihah 1 kali
Selawat syifa
Doa merawat bengkak
Rukyah:
LEMAH TENAGA BATIN
Daun pandan :
3 helai daun pandan (dipotong), 1 batang kayu manis ,halia 1 inci , 1 sudu halba.
Rebus dengan 4 cawan air hingga menjadi 2 cawan - diminum.
Bawang putih tunggal - dijeruk dengan madu.
Doa / ayat merawat lemah tenaga batin:
1. Mulakan dengan bacaan Al-Fatihah – 1X
2. Baca ayat dari surah Al-Anbia’, Ayat 30 sebanyak 3X
3. Seterusnya menadah tangan dan membaca kalimah di bawah
Yaa Kohhar
Yaa Jabbar
Yaa Qawi
Yaa Matiin
Yaa zaljalaliwal ikram
4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan kebelakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadan duduk separuh atau berdiri tegak. Sebaik-baiknya lakukan selepas solat subuh. Lakukan setiap hari sehingga anda rasa ada perubahan pada alat sulit anda. Insyallah
Rukyah: