Isnin, 14 Disember 2020

Tips Kesihatan... 1

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

    Coretan kali ini adalah berkaitan dengan tips kesihatan bagaimana untuk menjaga dan mengamalkan petua untuk mencuci buah pinggang agar kekal sihat (dengan izin Tuhan). Sumber rujukan adalah parsekitaran maya.

    Berikut adalah beberapa kaedah mencuci buah pinggang dan tips penjagaan yang dapat saya senaraikan :

1. Minum air halia - halia dikisar dan direndamkan ke dalam air panas. Air rendaman itu diminum, boleh juga ditambah madu asli.

2. Minum jus lemon - perah lemon dan campur dengan air sejuk. Kandungan asid sitrik dalam jus lemon dapat membersihkan sisa kalsium pada ginjal.

3. Air rebusan kunyit - boleh juga diperah lemon ke dalamnya.Sumber mengatakan kunyit mengandungi antioksidan,dapat menghentikan radang ginjal dan mengurangkan tekanan darah yang menjadi penyebab penyakit ginjal.

4. Jus durian belanda - dituturkan dari mulut ke mulut.

5. Air rebusan daun jelatang - boleh mengurangkan keradangan ginjal.

6. Minum air kosong dengan banyak - Cecair yang banyak boleh membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan. Dicadangkan 8 gelas atau lebih dalam sehari.

7. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.

8. Minum jus epal - kisar buah epal segar.

9. Makan buah tembikaidituturkan dari mulut ke mulut.

10. Lebihkan ikan dalam menu harian.

11. Elakkan merokok.

12. Jalani hidup aktif - selalu bersenam dan lakukan pegerakan fizikal.

13. Elakkan mengambil ubat tanpa nasihat doktor - bahan kimia seperti raksa, pengawet, warna dan perisa tiruan adalah antara unsur yang boleh mengakibatkan sistem pada buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik.

14. Minum air kelapa.

15. Minum air rebusan barli bersama gula batu.

16. Kurangkan makanan berprotein tinggi.

17. Minum air rebusan daun sup segelas sehari.

18. Makan sayur kobis dan bunga kobis.


BACAAN/DOA UNTUK DIAMALKAN:


Baca dan hembus ke dalam air , air tersebut diminum sebelah pagi dan malam.


Semoga bermanafaat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan