Selasa, 13 Februari 2024

Jeram Mengaji

 

Jeram Mengaji Agro Resort terletak lebih kurang enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh, Kelantan.


Selain keindahan panorama semula jadi, Jeram Mengaji turut dianugerahkan jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan rekreasi bersama keluarga. Malah, di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam putih seperti lembu Holstein. Prasarana asas juga lengkap tersedia di sini untuk kegunaan para pengunjung.




































Tiket



Tiada ulasan:

Catat Ulasan