Isnin, 18 Mei 2020

Kelapa Pandan

Kelapa Pandan(cocos nucifera) atau disebut juga kelapa wangi adalah sejenis tanaman saka dari keluarga Arecaceae.Tanaman ini dipercayai berasal daripada negara Thailand dimana ianya diusahakan di kawasan tanah rendah seperti di kawasan sawah padi dan tanaman dusun campuran di negara tersebut.


Untuk mempastikan kualiti hasil kelapa yang baik iaitu mempunyai kualiti 'Bau Pandan' dan 'Rasa Manis', maka ada teknologi penting iaitu Garam Makan atau Garam Masin di tabur sebanyak 1-2 kg sepokok sebanyak 4 kali setahun pada pangkal pokok kelapa. Baja organik tahi ayam proses juga perlu ditabur sebanyak 300-400 gm sepokok sebanyak 3 kali setahun. Kaedah pembajaan ini sesuai untuk umur pokok 10 tahun dan diberikan di keliling pangkal kanopi pokok.

Khasiat Kelapa Pandan:

1. Dapat mengurangkan berat badan
Kandungan lemak air kelapa sangat rendah, jadi anda tidak perlu bimbang berat badan naik sekiranya minum secara berlebihan.
2. Baik untuk kulit
Kulit anda akan cantik dan licin berseri jika kerap menikmati air kelapa. Ia juga membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda.
3. Melambatkan proses penuaan
Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.
4. Membantu penghadaman
Jika perut sentiasa kembung dan sukar untuk hadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman. Air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan.
5. Menurunkan tekanan darah
Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan.
6. Menurunkan kadar gula dalam darah

Kandungan air kelapa pandan memang rendah sodium dan klorida, namun kaya akan gula dan asad amino. Air kelapa pandan sangat baik untuk penderita diabetes kerana dapat menurunkan kadar glukosa darah serta stress oksidatif didalam tubuh.

7. Meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan sumber vitamin B Kompleks

8. Meneutralkan racun

9. Membersihkan sistem ginjal

10. Melegakan panas badan



kings

Tiada ulasan:

Catat Ulasan