Sabtu, 16 Mei 2020

Durian Belanda

Durian Belanda atau durian selat amat popular suatu ketika dulu kerana dikatakan berkhasiat untuk mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser.




Menurut wikipedia, durian belanda atau dalam bahasa inggeris"soursop" adalah buah Annona muricata, pohon selebar, berbunga, malar hijau. Asal sebenarnya tidak diketahui; ia dikatakan  berasal dari kawasan tropika di Amerika dan Caribbean dan disebarkan secara meluas.Ia berada dalam genus yang sama, Annona, sebagai cherimoya dan berada dalam keluarga Annonaceae.

Penanaman pokok ini memerlukan kawasan yang lembab dan sentiasa disaliri air.





Nama saintifik bagi durian belanda (di Kelantan dipanggil durian sayur) ialah annona muricata.Kandungan glukos dan fruktosanya yang tinggi menyumbang sebanyak 81.9 hingga 93.6 peratus rasa manis dan berkrim selain mempunyai kebaikan vitamin C.Ia berkhasiat samada dimakan segar atau dibuat jus.

Antara khasiat kesihatan yang telah disenaraikan ialah:
1. Merawat Kanser
2. Merawat Osteoporosis
3. Mengatasi Kencing Tidak Lawas
4. Mengurangkan Migrain
5. Mengatasi Anemia
6. Melancar Perjalanan Oksigen Dalam Darah
7. Meningkatkan imunisasi badan
8. Anti Penuaan
9. Merawat Ulser Mulut, Buasir dan Demam.
10. Mengawal Tekanan Darah dan Kandungan Gula
11. Melegakan Sakit Belakang
12. Mengurangkan Masalah Hati
13. Merawat Kaki Bengkak dan Kulit Mengelupas
14. Mengatasi Masalah Rambut Gugur
15. Bermanafaat untuk jantung dan mencegah kerosakan saraf

Khasiat bukan hanya terhad kepada buah, bahkan daunnya juga.

Antara khasiat daun durian belanda yang tersebar laman-laman tertentu ialah:
1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua,rebus dengan 3 gelas air sehingga surut menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
2. Sakit Pinggang
Ambil 20 helai daun durian belanda, rebus dengan  5 gelas air sehingga tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Minum ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Ambil 5 helai daun durian belanda,rebus dengan sukatan 4 gelas air sehingga menjadi 1 gelas.Minum sehari sekali.
4. Mengatasi Diabetis
Minum air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah betul-betul stabil. 
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah.
6. Mengatasi Buasir
Ambil 10 helai daun durian belanda tua,rebus dengan 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Rebus 10 helai daun durian belanda tua berwarna hijau pekat dengan sukatan 2 gelas air sehingga menjadi 1 gelas.Minum dua kali sehari, pagi dan petang
8. Mengurangkan kesakitan akibat luka
Kunyah daun dan tampal pada bahagian luka.Jika sakit berterusan,ambil 20 helai daun,rebus dan minum ¾ gelas sehari.
9.Merawat Ulser Mulut
Tumbuk daun buah Durian Belanda bersama sedikit air dan letakkan pada bahagian yang sakit. 
15.Merawat Demam
Kanak-kanak dimandikan dengan air daun Durian Belanda untuk merawat demam.

*Ada yang mengatakan bahawa pengambilan Durian Belanda secara berlebihan juga turut memberikan kesan sampingan iaitu menjejasan fungsi saraf dan kemungkinan menyebabkan penyakit Parkinson. Kajian juga turut mencadangkan agar wanita hamil dan yang menyusukan anak perlu mengelakkan diri daripada mengambil durian belanda ini untuk menjaga kesihatan mereka.

Semoga bermanafaat.
kings

Tiada ulasan:

Catat Ulasan