Selasa, 22 Disember 2020

Bayam Brazil

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


    Coretan hujung tahun 2020 menyentuh tentang tanaman yang mudah ditanam dan mempunyai banyak khasiat.Bayam Brazil - nama saintifiknya adalah  Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam family Amaranthaceae.  Ia rangup dan boleh dimakan secara mentah.



    Berikut disenaraikan beberapa khasiat tumbuhan ini yang dirujuk di beberapa buah laman sesawang:

1. Mencegah kanser - khususnya kanser prostat dan payudara.

2. Meningkatkan kesihatan mata dan mencegah katarak.

3. Menurunkan berat badan dan mengelak sembelit - kandungan serat yang tinggi.

4. Meningkatkan sistem pertahanan badan - penghasilan sel darah putih.

5. Mengawal tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Sumber vitamin K.

7. Melancarkan aliran darah dan mencegah Anemia.

8. Mengatasi masalah gusi dan mengekalkan kesihatan mulut.

9. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung.

    Walaupun mempunyai pelbagai khasiat, pesakit batu karang dan individu yang mengambil ubat cair darah perlu menghadkan pengambilannya.

Semoga bermanafaat.

Lain-lain yang berkaitan :






Tiada ulasan:

Catat Ulasan