Kegunaan dan Kelebihan Pokok Pandan :
1.Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan bersama 2 gelas air sehingga airnya tinggal setengah gelas saja. Minum airnya.
2. Mengubati lemah saraf
Rebus 3 helai daun pandan dengan 3 gelas air hingga sehingga airnya tinggal 2 gelas saja. Minum setiap pagi dan petang.
3. Pengusir serangga
Ekstrakkan daun pandan dan semburkan di sekitar rumah untuk menghalau serangga.
4. Mengatasi lemah syahwat
Ambil sehiris halia,sekeping kulit kayu manis,beberapa biji halba,tiga helai daun pandan dan potong halus. Rebus dengan empat gelas air hingga berbaki dua gelas. Minum ramuan tersebut setiap pagi dan petang.
5. Menurunkan bacaan gula
Potong akar pandan yang berjuntai,rebus dan minum setiap pagi dan petang.
6. Menyahtoksidkan badan
Pengambilan daun pandan dalam pemakanan mampu menyahtoksik hati dan badan daripada toksin.
7. Mencuci kewanitaan
Rebus daun pandan,daun inai,daun sirih,buah manjakani dan sedikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.
8. Merawat gaot
Ambil tujuh helai daun pandan,rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.Minum setiap pagi dan petang.
9. Mengelakkan kelimumur
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml air. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
10. Menghilangkan bau badan
Blander daun pandan dengan limau nipis. Sapu pada badan, biarkan seketika dan bilas.
11. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
12. Menurunkan Kolesterol dan mengawal paras gula dalam darah
Selain menurunkan tekanan darah tinggi,mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh dan mengawal paras gula.
13. Mengatasi sembelit
Rebus daun pandan dan minum airnya.
14. Melegakan stress dan tekanan
15. Melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
16. Menambah selera makan
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
17. Penawar sakit sendi dan radang dalam mulut.
18. Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
19. Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
20. Mengelak jangkitan mikroorganisma
Pandan turut terbukti mampu bertindak sebagai ubat antiseptik tradisional yang baik untuk merawat pelbagai jenis bakteria jahat yang menyerang tubuh badan.
21. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
22. Rawat resdung dan jerawat
Blander daun bersama buah limau nipis, pakai bersama bedak sejuk.
23. Pewangi semulajadi
Letakkan daun pandan di tempat strategik
24. Anti kanser
Daun pandan dipercayai mampu menghalang dari badan manusia diserang oleh sel-sel kanser
25. Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
26. Buang angin dalam badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu. Minum airnya.
27. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
28. Penawar sembelit
Kandungan fiber yang tinggi ini mampu membantu untuk melawaskan sistem pencernaan manusia.
29. Melegakan demam, sakit kepala dan menghilangkan lenguh badan.
30. Penghalau lipas.
Semoga bermanafaat.
Lain-lain yang berkaitan :