RAJA JEMBAL 4 : RAJA ABDUL RAHIM
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara Raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong bersemayam di Bukit Marak dan pada tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri..
Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H)Pusat pemerintahan Kota Mahligai adalah tapak klinik Mahligai sekarang, tasik lelayang mandi dikatakan lokasinya di Bukit Mak Lipah, kg Tasek.
- TIDAK BANYAK MAKLUMAT YANG DAPAT DIKUMPULKAN.
# SEJARAH NEGERI KELANTAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan