RAJA JEMBAL 6 : RAJA KECIL SULONG
Raja Kecil Sulung adalah putera sulong kepada Sultan Umar
yang merupakan Raja pemerintah Kelantan dari Dinasti D'Raja Jembal. Pada tahun
1721 berikutan kemangkatan ayahnda baginda iaitu Sultan Umar, tampuk
pemerintahan kerajaan Kelantan telah diberikan oleh baginda kepada adinda
baginda iaitu Raja Pah dan suaminya Long Bahar iaitu anak Datu Pengkalan Tua
Raja Jambu Patani sebagai Raja pemerintah Kelantan yang baharu dengan Raja Pah
sebagai Permaisurinya.
Namun,Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung pada tahun 1725,
satu perebutan kuasa atas nama "tuntutan hak" telah berlaku di antara
putera baginda Raja Abdul Rahman dengan Long Bahar dan Raja Pah yang merupakan
bonda saudaranya.
Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman
akhirnya tersingkir daripada tuntutan hak keatas takhta pemerintahan kerajaan
manakala bonda saudaranya iaitu Raja Pah bersama suaminya Long Bahar yang
bergelar Raja Tuan Besar kekal memerintah Kelantan berkat daripada peranan Raja
Pah yang telah berjaya memperoleh sokongan kuat dengan mempengaruhi para
pembesar negeri melalui komplot bersama besannya iaitu Bendahara Tuan Dagang.
Natijah daripada ini, perpecahan mulai telah berlaku dalam kalangan kerabat Raja
Jembal kerana Raja Tuan Besar Long Bahar berasal dari Patani. Sepatutnya Raja
Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal.
Selepas kemangkatan Raja Tuan Besar Long Bahar pada tahun
1733 dan akibat daripada kenaikan anaknda Raja Tuan Besar Long Bahar dari
isterinya sebelah Patani yang bernama Long Sulaiman dan bukannya anaknda
baginda dari isterinya Raja Pah ke atas teraju pemerintahan Kelantan. Maka
berakhirlah Dinasti Raja Jembal keatas takhta pemerintahan Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan