Perkhemahan Perdana Tahunan badan beruniform SMK Kuala Besut telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum pada 5 - 7 Oktober 2022.
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah menghantar 10 orang peserta yang terdiri daripada 6 lelaki dan 4 perempuan.
Perkhemahan Perdana Tahunan badan beruniform SMK Kuala Besut telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum pada 5 - 7 Oktober 2022.
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah menghantar 10 orang peserta yang terdiri daripada 6 lelaki dan 4 perempuan.
RAJA JEMBAL 7 : RAJA PAH + LONG BAHAR
Raja Pah adalah puteri bongsu Baginda Sultan Umar yang memerintah kerajaan Kelantan yang berpusat di Kota Jembal (Kedai Lalat sekarang) pada abad ke-18. Baginda Raja Pah merupakan isteri kedua kepada Long Bahar anak Datu Pengkalan Tua raja Patani.Hasil dari perkahwinan baginda bersama dengan suaminya Long Bahar beroleh lima putera iaitu Tuan Kundur yang berpangkat Raja Muda (Raja Muda Kota Seneng), Tuan Nik Junuh (Sultan Haji Yunus Patani), Tun Raja Ali, Tuan Che Wook (Raja Neng Hitam Kota Seribung), Long Nik Halus (Raja Bongsu) serta seorang puteri iaitu Tuan Lipoh bergelar Tuan Puteri Balai Kuning (isteri kepada Sultan Along Yunus Patani).
Pada tahun 1721 atas kehendak kekanda baginda iaitu Raja Kecil Sulung selepas daripada kemangkatan ayahndanya, suami baginda iaitu Long Bahar telah ditabal menjadi Raja pemerintah Kelantan yang baharu bergelar Raja Tuan Besar dengan baginda pula sebagai Permaisurinya. Namun tidak lama kemudian apabila Raja Kecil Sulong mangkat pada tahun 1725, berlaku perebutan kuasa di antara baginda Raja Pah dengan anakanda saudara baginda iaitu Raja Abdul Rahman anak kepada Raja Kecil Sulung yang menuntut hak keatas takhta pemerintahan Kelantan. Kesudahannya, Raja Pah berjaya memperolehi sokongan kuat dengan mempengaruhi para pembesar negeri melalui komplot bersama besannya iaitu Bendahara Tuan Dagang dengan suami baginda kekal sebagai Raja pemerintah Kelantan yang berpusat di Kota jembal.
Legasi baginda Raja Pah bersama suaminya Raja Tuan Besar
Long Bahar melalui anakanda kepada putera sulungnya Tuan Kundur (Raja Muda Kota
Sening) iaitu Tuan Khomis (Mandur Mis) yang mengasaskan Kampung Lundang serta
menjadi Raja Lundang I pada tahun 1762. Dari keturunannyalah yang telah
memainkan peranan penting dalam mengawasi kestabilan kedaulatan negeri Kelantan
sehingga awal abad ke 20 yang berakhir dengan mangkatnya Dato' Lundang pada
1926. Hingga sekarang, legasi Keturunan Baginda Raja Pah bertebaran khususnya
di Lundang Kota Bharu.
Long Besar atau juga dikenali sebagai Long Bahar dan kemudian lagi masyhur bergelar sebagai
Raja Tuan Besar, adalah pemerintah kerajaan Kelantan yang berpusat di Kota
Jembal
Baginda berasal dari Patani , anak Datu Pengkalan Tua yang menjadi Raja
Jambu, Patani. Baginda kemudiannya merantau ke Kelantan dan telah berkahwin dengan Raja Pah puteri Sultan Umar yang
memerintah Kelantan ketika itu yang berpusat di Kota Jembal.
Sebelum itu, baginda telah pun mempunyai
seorang isteri di Patani (sesetengah sumber menyebut isterinya adalah raja
perempuan Patani bernama Raja Mas Jayam) dan beroleh dua orang anak dengan
seorang puteri bernama Tuan Melor (Tuan Puteri Kembang Bunga) dan seorang
Putera bernama Long Nik (Long Sulaiman).
Baginda memerintah Kelantan berpusat di Kota Jembal
selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 1721 hingga kepada mangkat pada tahun
1733. Baginda menjadi Raja pemerintah Kelantan bergelar Raja Tuan Besar dengan
isteri baginda iaitu Raja Pah sebagai Permaisurinya. Kenaikan baginda sebagai
Raja pemerintah Kelantan adalah berikutan kemangkatan Sultan Umar dan
penyerahan takhta kerajaan oleh Raja Kecil Sulung putera kepada Sultan Umar pada
tahun 1721.
Sebelum itu, pada tahun 1684, baginda membina
Istana Seneng (terletak di sebelah hulu berhampiran dengan Kota Jembal) dan
tinggal di sana. Kemudian, pada tahun 1702, baginda membina pula sebuah kota di
Kubang Labu (Wakaf Bharu kini), dikenali sebagai Kota Kubang Labu. Apabila baginda dilantik sebagai raja
pemerintah Kelantan di Kota Jembal, Kota Kubang Labu diserahkan baginda kepada Long Sulaiman,
anakanda baginda dengan isteri baginda di Patani, manakala Kota
Seneng pula diserahkan kepada Raja Muda Tuan Kundur, anakanda baginda
dengan Raja Pah di
Jembal sebagai Raja Muda Kota Seneng.
Baginda
mangkat pada tahun 1733 dan dipercayai dimakamkan di Kampung Tok Ku, Kedai
Lalat, Kota Bharu. Namun terdapat sumber yang lebih tua mengatakan
baginda telah dimakamkan di Langgar Buruk sebelah hilir Lorong Gajah Mati Kota
Bharu yang mana bentuk binaan makamnya menyamai dengan makam anakandanya Long
Sulaiman bin Long Bahar.
RAJA JEMBAL 6 : RAJA KECIL SULONG
Raja Kecil Sulung adalah putera sulong kepada Sultan Umar
yang merupakan Raja pemerintah Kelantan dari Dinasti D'Raja Jembal. Pada tahun
1721 berikutan kemangkatan ayahnda baginda iaitu Sultan Umar, tampuk
pemerintahan kerajaan Kelantan telah diberikan oleh baginda kepada adinda
baginda iaitu Raja Pah dan suaminya Long Bahar iaitu anak Datu Pengkalan Tua
Raja Jambu Patani sebagai Raja pemerintah Kelantan yang baharu dengan Raja Pah
sebagai Permaisurinya.
Namun,Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung pada tahun 1725,
satu perebutan kuasa atas nama "tuntutan hak" telah berlaku di antara
putera baginda Raja Abdul Rahman dengan Long Bahar dan Raja Pah yang merupakan
bonda saudaranya.
Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman
akhirnya tersingkir daripada tuntutan hak keatas takhta pemerintahan kerajaan
manakala bonda saudaranya iaitu Raja Pah bersama suaminya Long Bahar yang
bergelar Raja Tuan Besar kekal memerintah Kelantan berkat daripada peranan Raja
Pah yang telah berjaya memperoleh sokongan kuat dengan mempengaruhi para
pembesar negeri melalui komplot bersama besannya iaitu Bendahara Tuan Dagang.
Natijah daripada ini, perpecahan mulai telah berlaku dalam kalangan kerabat Raja
Jembal kerana Raja Tuan Besar Long Bahar berasal dari Patani. Sepatutnya Raja
Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal.
Selepas kemangkatan Raja Tuan Besar Long Bahar pada tahun
1733 dan akibat daripada kenaikan anaknda Raja Tuan Besar Long Bahar dari
isterinya sebelah Patani yang bernama Long Sulaiman dan bukannya anaknda
baginda dari isterinya Raja Pah ke atas teraju pemerintahan Kelantan. Maka
berakhirlah Dinasti Raja Jembal keatas takhta pemerintahan Kelantan.
RAJA JEMBAL 5 : RAJA OMAR
Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Umar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah.
Sultan Omar bin Raja Sakti adalah seorang daripada 4 orang putera Raja Sakti yang memerintah Jembal, Kelantan pada abad ke-17.
Baginda dilantik sebagai raja Jembal selepas kemangkatan kekandanya Raja Bahar pada 1675. Pada tahun itulah baginda mulaï dikenal sebagai Sultan Omar. Sebelum itu, baginda dilantik menjadi Temenggung oleh ayahanda baginda, Raja Sakti I.
Kerajaan Jembal kembali masyhur di bawah pemerintahan
baginda. Baginda memerintah seluruh Negeri Kelantan.Baginda mengadakan lawatan
ke seluruh kawasan dan jajahan takluk Kelantan. Baginda juga telah mengadakan
perhubungan dengan kerajaan-kerajaan luar seperti Kerajaan Pattani, China, Jawa
dan negeri-negeri jiran seperti Terengganu.
Baginda mempunyaï lima orang anak iaitu:-
Raja Kecil Sulung
Raja Hudang (Raja Ngah)
Raja Nah
Raja Sakti II
Raja Pah
Makam Sultan Omar terletak di kampung Senang, Kota Jembal
https://goo.gl/maps/mHoPpS76aY2GHirz5
Sumber lain:
Kekeliruan makam Raja Omar
# SEJARAH NEGERI KELANTAN
RAJA JEMBAL 4 : RAJA ABDUL RAHIM
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara Raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong bersemayam di Bukit Marak dan pada tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri..
Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H)PUTERI SAADONG
Puteri Saadong atau Raja Mariam (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Nama penuh Puteri Saadong ialah Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Jembal.
Kejelitaan Puteri Saadong sangat masyhur sehingga sampai kepada pengetahuan Raja Siam yang menghantar pinangannya kepada ibu angkat gadis berkenaan, iaitu Cik Siti Wan Kembang, tetapi ditolak sehingga menimbulkan kemarahan raja terbabit.
Demi mengelakkan kejadian buruk, Puteri Saadong dikahwinkan dengan sepupunya, Raja Abdullah yang kemudian ditabalkan sebagai Raja Kota Mahligai tetapi Raja Siam tetap berkeras untuk meminang sehingga mencetuskan perang yang mengakibatkan ramai rakyat terkorban.
Tertekan dengan keadaan itu, baginda rela mengorbankan diri
dan mengikuti rombongan Siam tetapi Raja Siam dijangkiti penyakit kulit teruk
yang hanya dapat disembuhkan oleh Puteri Saadong dengan syarat membebaskannya
bersama-sama Kota Mahligai.
Bagaimanapun, kepulangan Puteri Saadong ke istana mengecewakannya kerana Raja Abdullah bukan sahaja sudah berkahwin lain, bahkan menuduhnya curang sehingga mencetuskan pertengkaran yang berakhir dengan kematian suaminya akibat ditikam cucuk sanggul.
Puteri Saadong menyerahkan singgahsana kepada iparnya, Raja
Rahim dan memilih untuk memencilkan diri di Bukit Marak dan kemudian ke Gunung
Ayam bersama pengiring dan hulubalang kepercayaannya, Awang Selamat.
Dari sudut lain :
# SEJARAH NEGERI KELANTAN
RAJA JEMBAL 3 : RAJA ABDULLAH
Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah
dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh
Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara
dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat.
Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan
penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini
berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja
Abdullah yang tidak setia terhadap janji
Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban,
dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.