Catat di sini untuk rujukan
1. Gulai kuning ikan/telur itik
Bahan A:
5 ekor ikan kembung/selayang / 6 biji telur itik (mengikut
keperluan)
1 kotak kecil santan
Sedikit kerisik
2 keping asam
Garam kasar dan gula
Tambahan: Kacang panjang/timun/lada besar
Bahan B:
5-6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar giling (boleh juga guna lada kering)
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (boleh juga guna serbuk)
Cara-cara:
Tumbuk/kisar semua bahan B dan masak dengan air sehingga
mendidih dan betul-betul masak.
Masukkan santan, asam keping, garam dan gula. Sentiasa dikacau sehingga santan mendidih untuk mengelakkan kuah dari berketul.Boleh ditambah air jika terlalu pekat.
Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan/telur, timun, lada
besar atau kacang panjang dan kerisik. Masak dengan api perlahan sehingga kuah
pekat .
Siap untuk hidangan.
Bahan-bahan:
4 ekor ikan selar / kembung
1/2 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris
Sedikit cuka
6 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
setengah cawan air
Cara-cara:
Ikan selar digaul garam kunyi dan digoreng.
Panaskan 3 sudu minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga
lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau.
Tuang air, masukkan kicap dan sedikit cuka. Kacau dan biarkan mendidih.
Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah
hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga masak.
Siap untuk hidangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan